Ramadan, izinkan daku bertamu

26Jul11

Count down Ramadan

7 hari sahaja lagi! Ah…. terasa seperti mental & fizikal masih belum bersedia menghadapinya. Namun, persediaan meraikan Syawal sudah direncana. Dari tempah baju, tempah kuih, tambah barang elektrik hinggalah mengintai-intai promosi jualan perabot, semuanya sudah dilakukan. Celakakah jika ini jalannya ya Allah? Oh Allah, jauhkanlah kami dari kemurkaan-Mu. Sebaliknya, bimbinglah kami ke arah redha-Mu.

7 hari sahaja lagi! Ah…. terasa begitu ni’matnya jika dapat menikmati juadah enak-enak di kala berbuka. Air cendol, ayam percik dan murtabak… semuanya boleh petik jari dan bayar sahaja. Namun, juadah untuk jiwa hanyalah penderaan lapar dahaga semata-mata. Oh Allah, ampunilah kami kerana terleka dengan ni’matnya ni’mat’Mu hingga terlupa bahawa lapar dahaga juga adalah ni’mat buat mendidik jiwa, bukannya penderaan sebagai pra syarat untuk menang anugerah pingat berbuka.

7 hari sahaja lagi! Ah…. hati jadi tidak keruan. Antara jihad dan lelah. Antara mahu jadi pejuang atau terbaring menanti kumandang azan. Antara jadi muslimah perkasa atau berdalih atas nama tiada daya.

Ampunilah kami ya Allah. Tiadalah daya untuk kami bertamu di Ramadan-Mu melainkan segalanya dengan bantuan-Mu.



One Response to “Ramadan, izinkan daku bertamu”

  1. 1 Nurul Huda Yaakob

    Rindunya HATI ini padamu Ramadhan..moga ramadhan kali ini bakal menjadi ramadhan yg lebih baik dari sebelumnya..Ameen..


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.